Friday, December 23, 2011

Peliharalah HATI....

Mati HATI adalah seperti mayat hidup, bila hatinya MATI, pada zahirnya kita HIDUP, tetapi pada hahikatnya kita telah MATI sebelum MATI. Wahai Yang Maha Berkuasa...Yang membolak balikkan HATI, jadikanlah HATI kami HIDUP, tetap dalam ketaatan kepadaMU, dalam AgamaMU, dalam Keampunan dan KeredhaanMU...kerana kami sangat-sangat berharap....

-Salam Sayyidul Ayyam-

Friday, December 16, 2011

BUAT ANAK-ANAKKU SAYANG.......

Dengarkanlah nasihat Luqman kepada anak2nya, semoga berbahagialah kalian di dunia dan akhirat..InsyaAllah....

1) Hai anak2ku, janganlah kamu MEMPERSEKUTUKAN ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar2 kelaziman yang besar.


2) Hai anak2ku, sesungguhnya jika ada SESUATU PERBUATAN seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.


3) Hai anakku, DIRIKANLAH SOLAT dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah.


(surah Luqman Ayat:13,16&17)

Thursday, December 15, 2011

RAHSIA SURAH YAASIN AYAT KE_58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAMUN QAULAN MIR RABBIHIM" bila diulang sebanyak 7x untuk 7 niat yang baik, InsyaAllah dengan izinNYA, semua hajat akan dikabulkan.....


Jika boleh niatkan sebegini:-
1- YA ALLAH YA RAHIM ampunkanlah segala dosa2ku dan saudara2ku
2- YA ALLAH YA RAHMAN kurniakanlh aku seorg isteri/suami dan anak2 yg soleh dan mencintai Islam
3- YA ALLAH YA RAZZAK kurniakan aku rezeki yg berkat, kerja yg baik di dunia dan akhirat
4- YA ALLAH YA JABBAR makbulkan hajat penghantar maklumat yg aku dpt ini.
5-YA ALLAH YA MUTAQABBIR jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6- YA ALLAH YA WADUD kurniakn aku dan semua umat Muhammad yg beriman kesihatan yg baik
7- YA ALLAH YA ZALJALA LIWAL IKRAM makbulkanlah segala hajatku dan redhailah aku.....


AMIN YA RABBUL ALAMINNNN


Wednesday, December 7, 2011

Ringtone Alarm Aku...Ahakss!!

Bila dengar lagu2 ni berkumandang di radio, aku pasti senyum simpul sorg2. Nak tahu sebabnya...sebab lagu2 ni la yang aku jadikan Ringtone Alarm tuk bangunkan aku sembahyang suboh tiap2 hari.....Asyikkannn....heheheee

Mendedahkan AIB Orang...

Minta Allah jauhkan kita daripada tergolong dalam golongan yang sesat dan melakukan dosa...Semoga kita dibawah payungan Allah taala....aminn
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah DOSA.  Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang (Al-Hujurat:12)

Tuesday, December 6, 2011

Amalan Sebelum Kita Tidur....

Rasullullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah...jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:
1. Sebelum khatam Al Quran
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah:
Ya Rasullullah...Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3x seakan2 engaku mengkhatam Al Quran....
Qulhuallah hu ahad...Qul a nguzubirobbinnas, Qul a nguzubirobbil falaq...3x
Membaca Selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat...3x
Allahummasolliala saidina Muhammad, waala..alihi sayyidina Muhammad...3x
Beristighfarlah untuk para muslimin makan mereka akan meredai kamu....
Astagfirullah hal azim, allazi laa..ilaahaillaa huwal hayyul qoyyum wa atuu bu ilaih...3x
Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka ianya seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.....
Subhanallah Walhamdulillah, Walailah Haillah Wallahhu Akhbar....3x

Sunday, December 4, 2011

A-Quran Penawar Segala Penyakit.....

Membaca ayat2 suci Al Quran dalam air yang diminum, kita akan ketahui akan keberkesanannya setelah kita mengamalkannya....saya sudah, anda pulak bila?

Al Quran bila dibacakan dengan bunyi yang betul, ia memberi kesan positif kepada organ di dalam tubuh kita. Sebenarnya getaran bunyi mempunyai seribu satu rahsia terhadap kesihatan tubuh kita. Bagaimana getaran bunyi memberi kesan kepada molekul-molekul cecair. Ini merupakan kajian saintifik seorang pakar air Jepun iaitu Dr Masaru Emoto. Dr Masaru Emoto mengkaji bentuk-bentuk molekul air mengunakan microskop khasnya. Beliau mendapati molekul-molekul air ini berubah bentuk apabila getaran bunyi ditujukan kepadanya. Di dalam seminarnya, Dr Masaru Emoto meminta para hadirin mengucapkan perkataan yang baik kepada air mineral. Kemudian air itu di lihat pada microskop. 
Kelihatan struktur molekul air mineral itu kelihatan amat cantik dan kemudian para hadirin disuruh mengucapkan perkataan yang buruk atau kesat pada air mineral. Molekul air itu kelihatan amat buruk seperti sel-sel barah. Kebetulan ada seorang Ustaz di dalam seminar itu dan membacakan Ayat Al Quran kepada air mineral itu. Dan apabila dilihat di microskop khasnya, molekul cecair itu kelihatan lebih bercahaya dan bersinar-sinarInilah khasiat ayat Al Quran jika dibaca dengan betul. Getaran bunyinya mempunyai kesan yang sangat baik kepada cecair. Tentunya menjadikan cecair atau air tersebut lebih berkhasiat. Dan tahukah anda, tubuh anda dipenuhi dengan cecair iaitu darah. Sudah pasti, dengan membaca ayat Al Quran mampu memberi kesihatan tubuh yang lebih baik. Dalam Islam, kita juga disuruh membaca Bismillah sebelum minum air atau makan. Inilah khasiatnya yang kita tidak pernah diberitahu. Cubalah anda mendengar ayat alQuran di PC anda. Anda akan lihat perbezaan yang ketara pada diri anda. Walaubagaimanapun cara yang terbaik ialah membaca sendiri ayat Al Quran. Amat besar pahalanya. 

Thursday, December 1, 2011

MasyaAllah !! Besarnya Ganjaran Solat Sunat DhuHa....

          Doa Sunat Dhuha


Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan dosanya walaupun seperti buih dilautan". - Riwayat Ibnu Majah dan At Tirmidzi

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat Dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat Dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah s.a.w ialah soalat sunat Dhuha.  Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya :

"Kekasihku Rasullullah s.a.w telah berwasiat kepadaku tiga perkara, Aku tidak meninggalkannya iaitu : Supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, Supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin dan Berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, November 30, 2011

Jangan Mengumpat!!!

Sedarkah kita bahawa bila kita diumpat, kita akan dapat pahala, Alhamdulillah rezeki Allah kepada kita, TETAPI....jangan pulak kita mengumpat orang kerana akan sia-sialah amalan baik kita di dunia ini kelak....


Di akhirat kelak,..... Seseorang tu terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikannya yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia bertanya, "Wahai Tuhanku..dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini? Sedangkan aku tidak pernah melakukannya...Maka Allah menjawab : Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI...Diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili

Thursday, October 20, 2011

FADHILAT AL-KUR




Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi selepas menyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
Allah s.w.t akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat Al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
Orang yang membaca ayat Al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya.  Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran dan angkara jahat manusia.  Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap orang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.
Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat Al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat Al-Kursi , maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi nescaya Allah mengutuskan malaikat menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barangsiapa yang membaca  ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Wednesday, October 19, 2011

Mari Kita Membaca Al - Quran


Membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah IBADAT, AMAL SOLEH dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati,  keluarga dan tempat Al-Quran itu dibaca. Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu beri Nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca Al-Quran". (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Membaca Al-Quran sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah.  Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat.  Namun balasan atau ganjaran yang diberi berbeza bergantung ciri atau adab membacanya.

Monday, October 17, 2011

Hindarilah Sifat Marah....


Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan.  Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung.  Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati.  Dia juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat atau vertigo.


Cara menggelak diri dari perasaan marah:
  1.  Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
  10. Ingatlah bahawa Allah sentiasa menguji kita dalam pelbagai cara. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menempuhinya. Allah hanya menguji mengikut tahap keimanan kita terhadap-Nya.
  11. Tanamkan sifat sabar dan sentiasa redha dengan apa jua dugaan. Kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar sama ada baik atau tidak kita perlu terima. 
  12. Selalu melatih diri untuk memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada orang yang pemaaf.
  13. Jika anda sedang berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InshaAllah kemarahan akan mulai reda. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. 
  14. Firman Allah:“Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl: 125)
Imam Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Sebagai manusia kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Marilah sama2 kita mengamalkan perkara yg tercatat di atas. Perkara yg perlu diambil  di sini ialah KAWAL SIFAT MARAH krn marah akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit

DOA SUPAYA JADI RAJIN & TENANG DARIPADA KESEDIHAN



Rehat yang berlebihan akan melemahkan jiwa yang menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi dalam tubuh.  Perkara ini menyebabkan nutrein makanan dalam badan tidak dapat diserap dengan baik.  Peredaran darah juga menjadi perlahan sehingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.  Nabi ada mengajar sepotong doa: 


Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung padaMu dan daripada segala kesulitan dan rasa sedih. aku berlindung padaMu daripada kelemahan diri dan kemalasan, aku berlindung padaMu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padaMu beban hutang dan ditindas orang zalim.


Di sini kita dinasihatkan dan disarankan untuk tidak bermalas, malasan kerana banyak rehat akan mengundang penyakit pada jantung dan otak kita.  Seseorang yang menjaga wajahnya supaya sentiasa kelihatan cantik, juga perlu menjaga kesihatan otak dan jantung.  Pada masa ini, ramai yang mengamalkan rehat lebih lama daripada bekerja terutama remaja, mereka lebih gemar melepak dan berfoya-foya bersama rakan-rakan daripada menuntut ilmu dan belajar.  

Saturday, October 8, 2011

Bantal Oh Bantal.....





Cerita pasal bantal ni aku sebenarnya tak boleh tidur kalau xde bantal peluk...Ngeee...ada bantal kecik pun xpe dah, janji boleh peluk. Hari tu masa pegi ke Kelantan aku terlupa bawak extra bantal..apa lagi bising la jgk kt anak2 sebab xtlg ambikkan.  Tapi... bila sampai dekat Bukit Bunga, fullamak banyaknya bantal...bantal Upin & Ipin..hahahaaa. Apa lagi konon2nya beli kt anak2 sorg satu, tapi yang guna mlm harinya mama diorg jugak...heheheee


Meh kita tengok Rahsia Bantal...
1- Memeluk Bantal ( Akulah tu....betol3 )
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.  Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.  Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat perihatin terhadap kesusilaan.
2- Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya meminta pendapat orang lain.
3- Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4- Meletak Bantal Dibawah Kaki
Meraka mempunyai sifat yang kurang baik. Meraka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung ke arah bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.
5- Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya kepada diri sendiri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri sendiri ini akan membawa kepada sifat EGO.

Tuesday, October 4, 2011

Kelebihan Membaca Al-Fatihah


Sewaktu aku muda remaja dahulu, aku beli sebuah buku Fadhilat Al-Fatihah, Aku suka baca akan fadhilat2 yang terkandung dalam buku tu, aku amalkannya. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan dan yakin Allah akan makbulkan....Paling lawak sekali bila mak marah aku, marah yg berapi2 sebab aku balik lewat dari sekolah (training bola jaring) pastu aku pun baca WALADDHOLLIN 7x dan tiup perlahan2 kt muka mak, sekejap jer lepas tu marah mak dah reda, aku senyum sorg2 pastu, HaHaHaa...mmg terbukti berkesan!!! 


Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:

1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga. [Baca 14kali sebelum tidor]

2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.



3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti. [Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.


4. Apabila terasa sangat sakit. [Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]


5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam. [Baca 7kali di bahagian kepala bayi]


Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.

Saturday, September 24, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Selalunya kalau aku nak cepat, surah inilah yang akan dibaca dalam solat, tak tahu pulak fhadilatnya yang hebat sebegini. Alhamdulillah dengan membaca surah ini hatiku sentiasa tenang dan aku ceria selalu.....


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat Surah & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.    Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.  Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1
) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa

     kita. 
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang 

     dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah   
     dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi 

     ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan 
     solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan 

     memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday, August 13, 2011

KEIKHLASAN....


Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan mestilah IKHLAS, kalau tiada keikhlasan dalam hati, maka sia2 sajalah seluruh amalan kita....

" Dengan ikhlas kita tidak akan tersesat ke jalan yang tidak diredai Allah, dengan ikhlas pula kita tidak akan menjadi orang yang riya’ atau sombong, kerana sombong itu merupakan sifatnya syaitan. Syaitan berkata,” Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan kuusahakan agar anak manusia memandang indah segala yang tampak di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas(Al-Hijr: 39-40).

Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil. 

Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya’ akan menyebabkan amal tidak nikmat. 

Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.Tetapi banyak dari kita yang beribadah tidak berlandaskan rasa ikhlas kepada Allah SWT, melainkan dengan sikap riya’ atau sombong supaya mendapat pujian dari orang lain. Hal inilah yang dapat menyebabkan ibadah kita tidak diterima oleh Allah SWT.

Wednesday, August 10, 2011

Bismillah 6 dan Fadhilatnya....



foto Bismillah 6 - Fadhilat Bismillah
1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.


Ertinya :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim


Fadhilat dan Fungsi Bismillah 6
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Tuesday, August 9, 2011

DaLaM SuJuD TerAkhiRku........


Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..
Kumenangis seja
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…
Kulihat semua dosa yang membayangiku
di-jadinya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
Biarkan aku patah dalam cahayaMu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku..
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut namaMu
Dan kekasihMu yang tercinta..

MUTIARA KATA

Gelap itu ada 5 perkara....
Gelap hari kerana malam
Gelap mata kerana buta
Gelap otak kerana tidak berilmu
Gelap hati kerana tidak beragama
Gelap kehidupan keranan lemah ekonominya.....


ILMU ITU SEBAIK-BAIK PUSAKA
Barangsiapa yang tiada ADAB bererti dia tidak ada ILMU, Barangsiapa yang tiada KESABARAN bererti dia tiada AGAMA, Barangsiapa yang tidak ada sifat WARAK bererti dia tidak dekat dengan TUHANNYA...


Jangan impikan suami sehebat Rasulullah s.a.w jika diri tidak seanggun Saidatina Khadijah


Wallahualam......

Monday, August 8, 2011

Dalam Puisi Ku Berdoa.....



Ya ALLAH
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada hamba-MU
Yang menyintai-MU setulus hatinya
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya RAHIM
Kalau aku jatuh hati
Pautkanlah hatiku ini pada hamba-MU
Yang hatinya terpaut pada-MU
Agar tidak berpaling hatiku daripada-MU

Ya RABBI
Kiranya berlayar bahtera kasihku ini
Halakanlah ia pada hamba-MU
Yang melabuhkan kasihnya pada-MU
Moga bertambah kekuatanku untuk mengasihi-MU

Ya RABBUL IZZATI
Andai terlerai jua rinduku
Rindukanlah aku pada hamba-MU
Yang merindukan syahid di jalan-MU
Semoga subur impianku untuk syahid di jalan-MU

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....


Sunday, August 7, 2011

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU.

Sebagai seorang hamba Allah kita tidak terlepas daripada lalai daripada mengerjakan solat diawal waktu. Kelalaian inilah menjadikan kita seorang yang tidak mensyukuri akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.  Apabila terbaca artikal ini, masyaAllah banyaknya fadhilat yang akan diperoleh sekiranya kita mengerjakan solat di awal waktu...Marilah sama2 kita praktikkan dan hayati petikan di bawah....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Suboh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

PETUA TIDUR RASULULLAH s.a.w.

Kalau tidur kita selalu diganggu atau kita seorang yang sukar tidur malam, eloklah amalkan petua2 Rasulullah ini, sama2 kita ikut sunnah agar hidup sentiasa diberkati Allah....

1.    Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.  

2.    Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.  

3.    Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia    mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah - Subhanallah 33 kali,  Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali.  

4.    Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  

5.    Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.  

6.    Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.  

7.    Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8.    Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi