Membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah IBADAT, AMAL SOLEH dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati, keluarga dan tempat Al-Quran itu dibaca. Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu beri Nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca Al-Quran". (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Membaca Al-Quran sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat. Namun balasan atau ganjaran yang diberi berbeza bergantung ciri atau adab membacanya.
No comments:
Post a Comment