Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat atau vertigo.
Cara menggelak diri dari perasaan marah:
Cara menggelak diri dari perasaan marah:
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
- Ingatlah bahawa Allah sentiasa menguji kita dalam pelbagai cara. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menempuhinya. Allah hanya menguji mengikut tahap keimanan kita terhadap-Nya.
- Tanamkan sifat sabar dan sentiasa redha dengan apa jua dugaan. Kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar sama ada baik atau tidak kita perlu terima.
- Selalu melatih diri untuk memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada orang yang pemaaf.
- Jika anda sedang berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InshaAllah kemarahan akan mulai reda. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang.
- Firman Allah:“Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl: 125)
Sebagai manusia kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Marilah sama2 kita mengamalkan perkara yg tercatat di atas. Perkara yg perlu diambil di sini ialah KAWAL SIFAT MARAH krn marah akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit
No comments:
Post a Comment