Doa Sunat Dhuha

Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan dosanya walaupun seperti buih dilautan". - Riwayat Ibnu Majah dan At Tirmidzi
Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat Dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat Dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah s.a.w ialah soalat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya :
"Kekasihku Rasullullah s.a.w telah berwasiat kepadaku tiga perkara, Aku tidak meninggalkannya iaitu : Supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, Supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin dan Berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment