Thursday, October 20, 2011

FADHILAT AL-KUR




Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi selepas menyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
Allah s.w.t akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat Al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
Orang yang membaca ayat Al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya.  Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran dan angkara jahat manusia.  Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap orang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.
Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat Al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat Al-Kursi , maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi nescaya Allah mengutuskan malaikat menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barangsiapa yang membaca  ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Wednesday, October 19, 2011

Mari Kita Membaca Al - Quran


Membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah IBADAT, AMAL SOLEH dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati,  keluarga dan tempat Al-Quran itu dibaca. Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu beri Nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca Al-Quran". (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Membaca Al-Quran sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah.  Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat.  Namun balasan atau ganjaran yang diberi berbeza bergantung ciri atau adab membacanya.

Monday, October 17, 2011

Hindarilah Sifat Marah....


Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan.  Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung.  Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati.  Dia juga terdedah kepada penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan gayat atau vertigo.


Cara menggelak diri dari perasaan marah:
  1.  Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah. 
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
  10. Ingatlah bahawa Allah sentiasa menguji kita dalam pelbagai cara. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menempuhinya. Allah hanya menguji mengikut tahap keimanan kita terhadap-Nya.
  11. Tanamkan sifat sabar dan sentiasa redha dengan apa jua dugaan. Kita wajib beriman dengan Qada’ dan Qadar sama ada baik atau tidak kita perlu terima. 
  12. Selalu melatih diri untuk memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada orang yang pemaaf.
  13. Jika anda sedang berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InshaAllah kemarahan akan mulai reda. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. 
  14. Firman Allah:“Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl: 125)
Imam Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Sebagai manusia kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Marilah sama2 kita mengamalkan perkara yg tercatat di atas. Perkara yg perlu diambil  di sini ialah KAWAL SIFAT MARAH krn marah akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit

DOA SUPAYA JADI RAJIN & TENANG DARIPADA KESEDIHAN



Rehat yang berlebihan akan melemahkan jiwa yang menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi dalam tubuh.  Perkara ini menyebabkan nutrein makanan dalam badan tidak dapat diserap dengan baik.  Peredaran darah juga menjadi perlahan sehingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.  Nabi ada mengajar sepotong doa: 


Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung padaMu dan daripada segala kesulitan dan rasa sedih. aku berlindung padaMu daripada kelemahan diri dan kemalasan, aku berlindung padaMu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padaMu beban hutang dan ditindas orang zalim.


Di sini kita dinasihatkan dan disarankan untuk tidak bermalas, malasan kerana banyak rehat akan mengundang penyakit pada jantung dan otak kita.  Seseorang yang menjaga wajahnya supaya sentiasa kelihatan cantik, juga perlu menjaga kesihatan otak dan jantung.  Pada masa ini, ramai yang mengamalkan rehat lebih lama daripada bekerja terutama remaja, mereka lebih gemar melepak dan berfoya-foya bersama rakan-rakan daripada menuntut ilmu dan belajar.  

Saturday, October 8, 2011

Bantal Oh Bantal.....





Cerita pasal bantal ni aku sebenarnya tak boleh tidur kalau xde bantal peluk...Ngeee...ada bantal kecik pun xpe dah, janji boleh peluk. Hari tu masa pegi ke Kelantan aku terlupa bawak extra bantal..apa lagi bising la jgk kt anak2 sebab xtlg ambikkan.  Tapi... bila sampai dekat Bukit Bunga, fullamak banyaknya bantal...bantal Upin & Ipin..hahahaaa. Apa lagi konon2nya beli kt anak2 sorg satu, tapi yang guna mlm harinya mama diorg jugak...heheheee


Meh kita tengok Rahsia Bantal...
1- Memeluk Bantal ( Akulah tu....betol3 )
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.  Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.  Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat perihatin terhadap kesusilaan.
2- Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya meminta pendapat orang lain.
3- Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4- Meletak Bantal Dibawah Kaki
Meraka mempunyai sifat yang kurang baik. Meraka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung ke arah bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.
5- Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya kepada diri sendiri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri sendiri ini akan membawa kepada sifat EGO.

Tuesday, October 4, 2011

Kelebihan Membaca Al-Fatihah


Sewaktu aku muda remaja dahulu, aku beli sebuah buku Fadhilat Al-Fatihah, Aku suka baca akan fadhilat2 yang terkandung dalam buku tu, aku amalkannya. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan dan yakin Allah akan makbulkan....Paling lawak sekali bila mak marah aku, marah yg berapi2 sebab aku balik lewat dari sekolah (training bola jaring) pastu aku pun baca WALADDHOLLIN 7x dan tiup perlahan2 kt muka mak, sekejap jer lepas tu marah mak dah reda, aku senyum sorg2 pastu, HaHaHaa...mmg terbukti berkesan!!! 


Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:

1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga. [Baca 14kali sebelum tidor]

2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.



3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti. [Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.


4. Apabila terasa sangat sakit. [Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]


5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam. [Baca 7kali di bahagian kepala bayi]


Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.