1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was
Mencari Keredaan Ilahi agar diBerkati setiap Perjalanan Hidup Kita.....
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 14, 2012
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT.....
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Tuesday, March 13, 2012
Hikmah SUJUD....
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t..dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya…
Bernafas ketika sujud pula boleh:
• membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daritempat asalnya.
• membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
• melegakan sakit hernia. (burut)
• mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
• melegakan paru-paru daripada ketegangan.
• mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
• kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
• meringankan bahagian pelvis.
• memberi dorongan supaya mudah tidur.
• menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika Akan sujud dan bangun daripada sujud.
• pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
• bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
KEKUATAN SEDEKAH......
Sabda Rasulullah SAW, "Ketika Allah Taala telah menciptakan bumi maka bumi bergerak-derak. Lalu Allah menciptakan gunung-ganang dan diletakkannya di atas bumi sehingga bumi menjadi stabil, para Malaikat takjub terhadap kekuatan gunung-ganang itu.
Para Malaikat bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp gunung? Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu besi." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat dr besi?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu api." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp api?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu air." Mrk bertanya: Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp air?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu angin." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp angin?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu anak keturunan Adam yg memberikan sebuah sedekah dgn tangan kanannya sedangkan tangan kirinya tidak tahu, maka dia lebih dahsyat drp angin.." HADITH SHAHIH…
Subscribe to:
Comments (Atom)