Mencari Keredaan Ilahi agar diBerkati setiap Perjalanan Hidup Kita.....
Monday, October 1, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Doa Yang Akan Membantu Kita di Akhirat Kelak
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan bagi lisan untuk mengucapkannya, berat ketika diletakkan di atas mizan (timbangan di akhirat), dan sangat dicintai oleh Dzat yang Maha Pengasih, yaitu subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim.”
Ibnu Umar ra meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw berkata kepada para sahabatnya, “Ucapkanlah subhanallah wa bihamdihi sebanyak seratus kali. Barangsiapa mengucapkannya satu kali maka tertulis baginya sepuluh kebaikan, barangsiapa mengucapkannya sepuluh kali maka tertulis baginya seratus kebaikan, barangsiapa mengucapkannya seratus kali maka tertulis baginya seribu kebaikan, barangsiapa menambahnya maka Allah pun akan menambahnya, dan barangsiapa memohon ampun, niscaya Allah akan mengampuninya.”
Dalam kitab “Syarhul Washiyah” diterangkan sebuah hadits mengenai keutamaan dzikir subhanallah wa bihamdihi. Dikatakan bahwa kalimat subhanallah wa bihamdihi adalah kalimat yang sangat dicintai Allah swt dan merupakan kalimat yang paling utama dari kalimat-kalimat lainnya. Barangsiapa mengucapkannya maka akan tertulis baginya seratus dua puluh empat ribu kebaikan, dan kalimat tersebut lebih dicintai Allah swt daripada bersedekah di jalan Allah dengan emas sebesar gunung Uhud, dan Allah akan menghapus dosa orang yang mengucapkannya walau dosa orang tersebut lebih banyak daripada buih yang ada di lautan.
Monday, June 18, 2012
Fadhilat Bismillah 7...

“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi,
Bis-Mil-Laa-Hil Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi,
Bis-Mil-Laa-Hil Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa
Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was
Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”
Fadhilatnya :
1. Susah mendapat
demam atau menghidap sakit teruk.
2. Merapatkan
hubungan suami isteri terutama yang dingin.
3. Boleh ‘memagar
rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.
4. Dibaca semasa
hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
5. Mengubati segala
jenis santau dan tuju-tuju.
6. Mengubati
segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat
seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak
bisa dan sebagainya.
7. Mengubati
segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan,
lebah, ular dan kala jengking.
8. Ayat ‘Bismillah
7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa
sesuatu musibah ataupun penyakit.
9. Apa pun juga
kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa /
kehendak dari Allah SWT semata-mata
Friday, June 1, 2012
Bismillah 3 dan Fadhilatnya....
Bismillaah,Bismillaah,Bismillaah ‘A’uudzu Billaahi Waqudratihii Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru'
Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.
Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam
kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada
salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam ini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.
.Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang
sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali,
kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan
malam.”
Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku
kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari
penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”
Cara Dan Kaedah Merawatnya:
Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali
Friday, April 27, 2012
Kelebihan Bismillah 5..
Penawar kepada bisa diri
Penawar kepada sakit bisa-bisa tulang
Penawar bisa-bisa badan
Penawar bisa batu merian (peranakan)
* Boleh mengubat penyakit yang tidak tahu puncanya..
Sunday, April 22, 2012
Kelebihan ayat 128, 129 surah At Taubah

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7x setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
- Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
- Kehinaan berganti dengan kemuliaan
- Terhindar dari dukacita
- Segala hutangnya dijelaskan
- Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
Wednesday, April 11, 2012
Friday, March 30, 2012
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was
Wednesday, March 14, 2012
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT.....
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Tuesday, March 13, 2012
Hikmah SUJUD....
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t..dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya…
Bernafas ketika sujud pula boleh:
• membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daritempat asalnya.
• membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
• melegakan sakit hernia. (burut)
• mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
• melegakan paru-paru daripada ketegangan.
• mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
• kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
• meringankan bahagian pelvis.
• memberi dorongan supaya mudah tidur.
• menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika Akan sujud dan bangun daripada sujud.
• pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
• bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
KEKUATAN SEDEKAH......
Sabda Rasulullah SAW, "Ketika Allah Taala telah menciptakan bumi maka bumi bergerak-derak. Lalu Allah menciptakan gunung-ganang dan diletakkannya di atas bumi sehingga bumi menjadi stabil, para Malaikat takjub terhadap kekuatan gunung-ganang itu.
Para Malaikat bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp gunung? Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu besi." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat dr besi?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu api." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp api?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu air." Mrk bertanya: Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp air?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu angin." Mrk bertanya: "Ya Tuhan, apakah dr makhluk engkau ada yg lebih dahsyat drp angin?" Tuhan menjawab: "Ya ada..iaitu anak keturunan Adam yg memberikan sebuah sedekah dgn tangan kanannya sedangkan tangan kirinya tidak tahu, maka dia lebih dahsyat drp angin.." HADITH SHAHIH…
Saturday, February 11, 2012
Sahabat-Sahabat Pilihan
Pastikan bahwa sahabat yang menemani kita dalam perjalanan ini adalah orang yang boleh membantu kita :
Dalam melaksanakan prinsip agama.
Mengingatkan kita tatkala lupa.
Dalam memberi dorongan ketika kita tersedar.
Imam Al Ghazali menyebutkan dalam 'Ihya'Ulumiddin' :
"Sesungguhnya seseorang itu tergantung kepada agama temannya dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya...."
By: Ma'ar Rahman
Dalam melaksanakan prinsip agama.
Mengingatkan kita tatkala lupa.
Dalam memberi dorongan ketika kita tersedar.
Imam Al Ghazali menyebutkan dalam 'Ihya'Ulumiddin' :
"Sesungguhnya seseorang itu tergantung kepada agama temannya dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya...."
By: Ma'ar Rahman
10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri....
Semoga Allah jauhkan kita dari berada dalam golongan di bawah.....
1- Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
2- Tidak membaca Al-Quran
3- Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid
4- Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada diperkuburan
5- Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak solat Jumaat
6- Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar
7- Apabila bertemu 2 orang , tidak bertanya nama
8- Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang
9- Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
10- Makan kenyang, sedangkan jiran sebelah kelaparan
1- Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
2- Tidak membaca Al-Quran
3- Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid
4- Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada diperkuburan
5- Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak solat Jumaat
6- Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar
7- Apabila bertemu 2 orang , tidak bertanya nama
8- Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang
9- Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
10- Makan kenyang, sedangkan jiran sebelah kelaparan
Wednesday, February 1, 2012
Kelebihan ayat 128 & 129 Surah At Taubah
Marilah sama2 kita amalkan surah At-Taubah ni, faedah dan fadhilatnya sangat banyak, jadikanlah amalan....
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7x setiap selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
- Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
- Kehinaan berganti dengan kemuliaan
- Segala hutangnya dapat dijelaskan
- Terhindar daripada dukacita
- Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
Thursday, January 5, 2012
Mari Berselawat......
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa membaca SELAWAT 10x pada pagi hari dan 10x pada waktu petang, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat" (Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda r.a)
Subscribe to:
Comments (Atom)

