Saturday, August 13, 2011

KEIKHLASAN....


Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan mestilah IKHLAS, kalau tiada keikhlasan dalam hati, maka sia2 sajalah seluruh amalan kita....

" Dengan ikhlas kita tidak akan tersesat ke jalan yang tidak diredai Allah, dengan ikhlas pula kita tidak akan menjadi orang yang riya’ atau sombong, kerana sombong itu merupakan sifatnya syaitan. Syaitan berkata,” Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan kuusahakan agar anak manusia memandang indah segala yang tampak di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas(Al-Hijr: 39-40).

Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil. 

Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya’ akan menyebabkan amal tidak nikmat. 

Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.Tetapi banyak dari kita yang beribadah tidak berlandaskan rasa ikhlas kepada Allah SWT, melainkan dengan sikap riya’ atau sombong supaya mendapat pujian dari orang lain. Hal inilah yang dapat menyebabkan ibadah kita tidak diterima oleh Allah SWT.

Wednesday, August 10, 2011

Bismillah 6 dan Fadhilatnya....



foto Bismillah 6 - Fadhilat Bismillah
1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.


Ertinya :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim


Fadhilat dan Fungsi Bismillah 6
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Tuesday, August 9, 2011

DaLaM SuJuD TerAkhiRku........


Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..
Kumenangis seja
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…
Kulihat semua dosa yang membayangiku
di-jadinya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
Biarkan aku patah dalam cahayaMu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku..
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut namaMu
Dan kekasihMu yang tercinta..

MUTIARA KATA

Gelap itu ada 5 perkara....
Gelap hari kerana malam
Gelap mata kerana buta
Gelap otak kerana tidak berilmu
Gelap hati kerana tidak beragama
Gelap kehidupan keranan lemah ekonominya.....


ILMU ITU SEBAIK-BAIK PUSAKA
Barangsiapa yang tiada ADAB bererti dia tidak ada ILMU, Barangsiapa yang tiada KESABARAN bererti dia tiada AGAMA, Barangsiapa yang tidak ada sifat WARAK bererti dia tidak dekat dengan TUHANNYA...


Jangan impikan suami sehebat Rasulullah s.a.w jika diri tidak seanggun Saidatina Khadijah


Wallahualam......

Monday, August 8, 2011

Dalam Puisi Ku Berdoa.....



Ya ALLAH
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada hamba-MU
Yang menyintai-MU setulus hatinya
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya RAHIM
Kalau aku jatuh hati
Pautkanlah hatiku ini pada hamba-MU
Yang hatinya terpaut pada-MU
Agar tidak berpaling hatiku daripada-MU

Ya RABBI
Kiranya berlayar bahtera kasihku ini
Halakanlah ia pada hamba-MU
Yang melabuhkan kasihnya pada-MU
Moga bertambah kekuatanku untuk mengasihi-MU

Ya RABBUL IZZATI
Andai terlerai jua rinduku
Rindukanlah aku pada hamba-MU
Yang merindukan syahid di jalan-MU
Semoga subur impianku untuk syahid di jalan-MU

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....


Sunday, August 7, 2011

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU.

Sebagai seorang hamba Allah kita tidak terlepas daripada lalai daripada mengerjakan solat diawal waktu. Kelalaian inilah menjadikan kita seorang yang tidak mensyukuri akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.  Apabila terbaca artikal ini, masyaAllah banyaknya fadhilat yang akan diperoleh sekiranya kita mengerjakan solat di awal waktu...Marilah sama2 kita praktikkan dan hayati petikan di bawah....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Suboh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

PETUA TIDUR RASULULLAH s.a.w.

Kalau tidur kita selalu diganggu atau kita seorang yang sukar tidur malam, eloklah amalkan petua2 Rasulullah ini, sama2 kita ikut sunnah agar hidup sentiasa diberkati Allah....

1.    Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.  

2.    Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.  

3.    Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia    mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah - Subhanallah 33 kali,  Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali.  

4.    Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  

5.    Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.  

6.    Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.  

7.    Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8.    Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi

Saturday, August 6, 2011

Selawat Tafrijiyah @ Nariah

Aku sering membaca luahan hati kawan2 yang memohon dan meminta apa sahaja daripada Allah taala, mungkin mereka mengalami masalah yang tidak mahu dikongsi bersama, tetapi kita tahu mereka dalam situasi yang tidak mengembirakan.  Di sini aku nak SHARE apa yang telah aku amalkan selama ini sepanjang hayatku mengenali selawat ini. Amalan turun temurun ini di berikan oleh tok aku yang tinggal di Baling Kedah. Setiap kali datangnya dia ke rumah kami di Alor Setar, setiap kali itulah ada ja doa yang disuruhnya aku menghafal..aku hafal dan aku praktikkan selama ini...Alhamdulillah sampai akan maksudnya....Hafal dan amalkan, sekiranya kita berhajat atau kita dalam masalah, akan Allah permudahkan segalanya..insyaAllah


solawat_tafrijiyyah













“Allohumma sholli ’sholaatan kaamilatan wa sallim salaaman taaamman ‘ala sayyidina Muhammadinilladzi tanhallu bihil ‘uqodu wa tanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaaiju wa tunalu bihir roghooibu wa husnul khowaatimu wa yustasqol ghomamu biwajhihil kariem wa ‘ala aalihi wa shohbihi fie kulli lamhatin wa nafasim bi’adadi kulli ma’lummin lak”



"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.


2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. 


3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.




Akhirnya Jadi Jugak Puding Buah Naga ni...



Pagi tadi ke pasar tani, balik dari situ ke UO plk nk beli barang dapur, ternampak buah NAGA...teringat puding buah naga yg puan buat, menarik dan teringin la plk nk buat, kebetulan kakak pun ada...anak2 semua suka buah, tp mama dema ja yg xberapa suka, tp bila dah buat puding ni, makan la plk....sedap sangat2 rasa buah ni bila dibuat puding.....nak cuba ke?

Bahan n Cara membuatnya....


Buah naga di parut ambik isinya, saya blender tp xlama, agak2 hancur jer,
pastu masak agar2 dan gula sampai larut, masukkan gula, masukkan isi buah naga
dan akhir sekali susu cair.....masukkan secubit garam tuk naikkan rasa lemak susu tadi...
Masukkan dlm acuan sesuka hati, pastu sejukkan....



Friday, August 5, 2011

Tazkirah di Pagi Jumaat....

Minggu ni aku bertugas dan tugasan hari ni ialah mengendalikan perhimpunan pagi, hari ini juga sekolah mengadakan kutipan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa kebakaran iaitu Hanisah bt Ishak dari kelas 2 Berlian, kutipan derma diadakan bagi membantu keluarga mangsa  agar dapat meringankan beban dan secara tidak langsung kita mendapat pahala daripada bersedekah. Aku membacakan petikan dibawah sewaktu bercakap pagi tadi untuk kita renungi dan teladani faedah yg diperoleh daripada petikan ini, setelah tamat membaca teks dibawah kawan2 cakap aku mcm ustazah la plk pagi ni, heheheee xpe tuk kebaikan bersama.....

KEBAIKAN BERSEDEKAH
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya 


 ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapunboleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),


Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ? ”Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram air),


Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ? ”Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),


Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui”. Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.


Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia....