Wednesday, January 12, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Baru-baru ni aku telah kehilangan seorang majikan yang amat aku hormati. Pulangnya beliau ke rahmatullah amatlah mengejutkan kerana secara mendadak. Namun sempat juga aku bergurau dengan beliau buat kali terakhir beberapa bulan yang lalu. En Rahim b Hj Salleh, orang yang pernah memberi tunjuk ajar kepada aku sepanjang aku bekerja bersamanya. Walaupun dia dikatakan seorang yang cerewet, tetapi aku tak pula rasakan sebegitu, kerana mungkin apa yang dikehendakkinya aku turutkan, walau sesusah manapun kerja yang beliau arahkan aku cuba menyiapkan sebaik dan secepat yang mungkin. Aku senang bekerja dengannya selama 12 tahun. Bukan satu jangka masa yang singkat, kenangan manis ke Medan Indonesia bersama keluarganya masih segar diingatan. Hanya gambar menjadi kenangan. En Rahim..semoga tenang di sana, hanya Al Fatihah yang mampu aku kirimkan..semoga rohmu ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman....aminn